Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

141  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0198.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Abu Ahmad Az Zubairi menceritakan kepada kami, Abu Israil menceritakan kepada kami dari Al Hakam dari Abdur Rahman bin Qilabah dari bilal berkata:"Rasulullah saw bersabda kepada ku :"Jangan kamu bertatswib (membawa ash shalaatu khairum minan naum = solat adalah lebih baik daripada tidur) pada sesuatu solat-solat kecuali solat Subuh." Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Mahdzurah". Abu Isa berkata: "Hadis Bilal tidak kami ketahui kecuali dari hadis Abu Israil Al Mula-i". Sedangkan Abu Israil tidak mendengar hadis ini dari Al Hakam bin Utaibah. Ia berkata: "Ia hanyalah meriwayatkannya dari Al Hussain bin 'Umarah dari Al Hakam bin Utaibah". Abu Israil, namanya adalah Isma'il bin Ishaq, dia tidaklah sedemikian kuat menurut ahli hadis. Ahli ilmu berbeza pendapat mengenai tafsir tatswib. Sebahagian dari mereka berkata: "Tatswib adalah muadzdzin mengatakan dalam azan Subuh "ash shalaatu khairum minan naum" (solat itu lebih baik dari pada tidur). Itu pendapat Ibnul Mubarak dan Ahmad. Ishaq berkata mengenai tatswib lain dari ini. Ia berkata: "Tatswib yang makruh adalah sesuatu yang diada-adakan oleh manusia setelah Nabi saw, iaitu apabila muadzdzin azan lalu kaum itu minta dilambat-lambatkan. Ia berkata antara azan dan iqamah "qad qaamatish shalaatu. Hayya 'alash solati, hayya 'alal falah". Ia berkata: "Inilah yang dikatakan oleh Ishaq iaitu tatswib yang telah dibenci (dimakruhkan) oleh ahli ilmu dan sesuatu yang diada-adakan sesudah Nabi saw." Sesuatu yang ditafsirkan oleh Ibnul Mubarak dan Ahmad adalah bahawa tatswib itu adalah muadzdzin dalam azan solat Subuh mengucapkan "ash shaalaatu khairum minan naum" (solat itu adalah lebih baik dari pada tidur). Itu adalah pendapat yang benar. Dan itu disebut tatswib juga. Itulah pendapat yang dipilih oleh ahli ilmu dan diriwayatkan dari Abdullah bin Umar dan azan telah selesai. Kami ingin solat di dalamnya. Lalu muadzdzin bertatswib maka Abdullah bin Umar keluar dari masjid sambil berkata: "Keluarlah bersama kami dari orang yang berbuat bid'ah ini!", dan ia tidak solat padanya. Ia berkata: "Abdullah membenci tatswib yang diada-adakan oleh manusia setelah (Nabi).

142  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0368.
Ali bin Hujr menceritakan kepada kami, Isa bin Yunus memberitahukan kepada kami, Al-Hussain Al-Muallim memberitahukan kepada kami dari Abdillah bin Buraidah bin Hushain berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang solat seseorang dengan duduk. Lalu beliau bersabda: "Barangsiapa melakukan solat dengan berdiri maka dia lebih utama dan barangsiapa melakukan solat dengan duduk maka dia memperoleh setengah pahala orang yang solat dengan berdiri dan barangsiapa melakukan solat dengan berbaring maka dia memperoleh setengah pahala orang yang solat duduk." Dalam bab ini terdapat hadis dari Abdillah bin Amr, Anas dan As-Saib. Abu Isa berkata: "Hadis Imran bin Hushain adalah hasan sahih." Hadis ini juga diriwayatkan dari Ibrahim bin Thahman dengan sanad ini kecuali bahawa dia berkata dari Imran bin Hushain berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang solat orang yang sakit lalu beliau bersabda: "Solatlah dengan berdiri, kalau kamu tidak mampu, maka solatlah dengan duduk, kalau kamu tidak mampu, maka solatlah dengan berbaring."

143  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0128.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Abu Amir Al Aqadi menceritakan kepada kami, Zuhair bin Muhammad menceritakan kepada kami dari Abdullah bin Muhammads bin Aqil dari Ibrahim bin Muhammad bin Thalhah dari pamannya, Imran bin Thalhah dari ibunya, Hamnah binti Jahsy berkata: "Saya haid dengan yang banyak dan keras. Lalu saya datang kepada Nabi saw saya minta fatwa dan memberi berita kepadanya saya mendapatkan beliau di rumah saudara perempuan ku zainab binti Jahsy saya berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya saya istihadhah dengan banyak dan keras. Apakah yang engkau peritahkan kepada ku tentangnya di mana saya terhalang dari puasa dan solat?" Beliau bersabda: "Saya mensifatkan kapas untukmu sesungguhnya kapas itu menghilangkan darah". Ia berkata: "Itu lebih banyak dari yang demikian itu". Beliau bersabda: "Halangilah". Ia berkata: "Itu lebih banyak dari pada yang demikian itu". Beliau bersabda: "Ambillah kain" Ia berkata: "Itu (darah) lebih banyak dari pada yang demikian itu. Saya benar-benar mengalir (darah istihadhah ku.". Maka Nabi saw bersabda: "Saya akan memerintahkan kamu dengan dua perintah. Mana di antara keduanya yang kamu lakukan maka hal itu cukup bagi mu. Jika kamu kuat atas keduanya maka kamu lebih mengetahui". Lalu beliau bersabda: "Istihadhah adalah goyangan dari syaitan, maka berhaidlah kamu enam atau tujuh hari dalam ilmu Allah. Kemudian mandilah kamu. Apabila kamu melihat bahawa kamu telah bersih dan kamu menganggapnya suci maka solatlah dua puluh malam atau dua puluh tiga siang dan malamnya. Puasalah kamu dan solatlah maka hal itu cukup bagi mu. Demikianlah maka lakukanlah sebagaimana wanita itu haid dan sebagaimana wanita bersuci untuk waktu-waktu haid dan suci mereka. Jika kamu kuat untuk mengakhirkan Maghrib dan mensegerakan Isyak kemudian kamu mandi dan menjamak antara dua solat maka kerjakanlah. Kamu mandi di waktu Subuh dan kamu solat. Demikianlah maka lakukanlah, dan puasalah jika kamu kuat atas hal itu maka Rasulullah saw bersabda: "Itulah di antara dua hal yang paling menarik bagi ku." Abu Isa berkata: "Ini adalah hadis hasan sahih." Ubaidullah bin Amr Ar Raqqi, Ibnu Juraij dan Syarik meriwayatkannya dari Abdullah bin Muhammad bin Aqil dari Ibrahim bin Muhammad bin Thalhah dari pamannya, Imran, dari ibunya, Hamnah hanya saja anak laki-laki Juraij berkata: Umar bin Thalhah padahal yang sahih adalah Imran bin Thalhah. Ia berkata: "Saya bertanya kepada Muhammad tentang hadis ini maka Muhammad berkata: "Itu adalah hadis hasan shahih!" Demikianlah Ahmad bin Hambal berkata: "Itu adalah hadis hasan sahih." Ahmad dan Ishaq berkata: "Tentang wanita yang istihadhah: "Apabila ia mengetahui haidnya dengan datang dan berlalunya darah. Datangnya darah adalah darah itu hitam dan, berlalu darah adalah iaitu berubah kekuning-kuningan. Hukum bagi wanita itu adalah menurut hadis Fathimah binti Abi Hubasy. Jika wanita yang istihadhah itu mempunyai hari-hari yang diketahui sebelum ia istihadhah maka wanita itu meninggalkan solat pada hari-hari haidnya. Kemudian ia mandi dan berwuduk bagi setiap solat dan ia melakukan solat. Apabila darah itu terus menerus padanya dan ia tidak mempunyai hari-hari yang tidak diketahui dan ia tidak mengetahui haidh dengan datang dan berlalunya darah. Maka hukum baginya adalah menurut hadis Hamnah bin Jahsy. Demikian juga Abu Ubaid berkata. Asy Syafi'i berkata: "Wanita yang istihadhah itu apabila darah terus menerus padanya pada awal darah yang ia lihat dan ia terus menerus atas hal itu maka ia meninggalkan solat waktu antaranya dan lima belas hari. Apabila ia suci dalam lima belas hari atau sebelum itu maka hari-hari haid. Apabila wanita itu melihat darah lebih banyak dari pada lima belas hari maka ia mengqadha empat belas hari. Kemudian setelah itu ia meninggalkan solat sedikit-dikit waktu yang mana wanita itu haid iaitu sehari semalam. Abu Isa berkata: "Ahli ilmu berbeza pendapat tentang sedikit-dikit haid dan sebanyak-banyaknya haid (waktunya). Sebahagian ahli ilmu berkata: "Sedikit-dikitnya haid itu tiga hari dan sebanyak-banyaknya adalah sepuluh hari". Itu adalah pendapat Sufyan Ats Tsauri dan penduduk Kuffah. Dan dengannya Ibnul Mubarak mengambil pendapat, dan diriwayatkan dari padanya akan pendapat yang berbeza dengan ini. Sebagai ahli ilmu antara lain Atha' bin Abi Rabah berkata: "Sedikit-dikitnya haid adalah sehari semalam dan sebanyak-banyaknya adalah lima belas hari". Itu adalah pendapat Malik, Al Auza'i, Asy Syafi'i, Ahmad, Ishaq dan Abu Ubaid.

144  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3288.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Muhammad bin Hani' Abu Hani' Assukkari menceritakan kepada kami, Jahdham bin Abdillah menceritakan kepada ku dari Yahya bin Abi Katsir dari Zaid bin Salam dari Abi Salam dari Abdur Rahman bin Aisy AlKhadhrami bahawa dia menceritakan kepadanya dari Malik As Saksaki dari Muadz bin Jabal berkata: "Rasulullah SAW. menahan kami pada suatu pagi dari solat Subuh sehingga hampir-hampir kami melihat matahari lalu beliau cepat-cepat keluar kemudian dikumandangkan iqamah untuk melakukan solat. Lalu Rasulullah SAW. melakukan solat dan memperpendek solatnya. Ketika beliau selesai salam, beliau memanggil dengan suara keras, lalu bersabda: "Tetaplah kamu sekalian di tempat barisan mu seperti keadaan mu ini". Kemudian beliau menghadap ke arah kami lalu bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya aku akan menceritakan kepada mu sesuatu yang menahan ku dari solat Subuh pagi ini bahawa aku bangun dari tidur malam lalu berwuduk kemudian melakukan solat menurut kemampuan ku lalu aku mengantuk kemudian jatuh tidur tiba-tiba aku berhadapan dengan Tuhan ku yang Maha Suci dan Tinggi dalam bentuk yang paling bagus lalu Dia berfirman: "Hai Muhammad", Aku menjawab: Tuhan ku, aku penuhi panggilan Mu", Dia berfirman: "Dalam hal apa para malaikat berbantah?" Aku menjawab: "Aku tidak mengerti ya Tuhan ku". Beliau menjawabnya tiga kali, beliau bersabda: "Lalu aku melihat Dia meletakkan tapak tanganNya pada kedua bahu ku. Sungguh aku rasakan kesejukan jari-jariNya antara kedua susu ku lalu segala sesuatu nampak jelas oleh ku, dan aku mengerti kemudian Dia berfirman: "Hai Muhammad", Aku menjawab: "Aku penuhi panggilan Mu ya Tuhan". Dia berfirman: "Dalam hal apa para malaikat berbantah?" Dia berfirman: "Apa saja?" Aku menjawab: "Berjalan kaki untuk pergi mengerjakan solat jamaah, duduk di masjid setelah melakukan solat, menyempurnakan wuduk waktu cuaca dingin". Dia berfirman: "Kemudian apa lagi?" Aku menjawab: "Memberi makanan, halus perkataan dan melakukan solat di waktu malam saat manusia tengah tidur". Dia berfirman: "Mintalah", aku berkata: "Wahai Allah, sesungguhnya aku minta kepada Mu agar dapat melakukan kebaikan-kebaikan dapat meninggalkan kemungkaran-kemungkaran, mencintai orang-orang miskin dan Engkau mengampuni dosa-dosa ku dan menyayangi ku, dan jika Engkau menghendaki fitnah (seksa dunia) kepada suatu kaum, maka ambillah aku tanpa disiksa, dan aku meminta kepada Mu agar mencintai Mu dan mencintai orang yang mencintai Mu dan mencintai perbuatan yang dapat mendekatkan cinta kepada Mu". Rasulullah SAW. bersabda: "Sesungguhnya ini adalah benar maka hafalkanlah dan pelajari lah erti-ertinya". Abu Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Aku bertanya kepada Muhammad bin Ismail tentang hadis ini, dia berkata: hadis ini adalah sahih.dan dia berkata: hadis ini lebih sahih dari hadisnya Al-Walid bin Muslim dari Abdur Rahman bin AI-Ayisy AI-Hadhrami dia berkata: Rasulullah SAW, lalu dia menyebut hadis ini dan hadis ini adalah tidak mahfuzh. Demikianlah Al-Walid menyebutkan di dalam hadisnya dan Abdur Rahman bin Ayisy berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW, dan Bisyr bin Jabir hadis ini dengan sanad ini dari Abdurrahman bin Ayisy dari Nabi SAW. (tanpa kalimat aku mendengar) dan hadis ini lebih sahih kerana Abdur Rahman bin Ayisy tidak mendengar dari Nabi SAW.

145  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0306.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Yazid bin Harun memberitahukan kepada kami, Hammad bin Salamah memberitahukan kepada kami dari Simak bin Harb dari Jabir bin Samurah "bahawasanya Rasulullah saw biasa membaca Wassamaa'i dzaatil buruuj, Wassamaa'i waththaariq dan yang serupa dengan keduanya pada solat Zohor dan Asar." Ia berkata: "Dalam bab ini ada hadis dari Khabbab, Abu Sa'id, Abu Qatadah, Zaid bin Tsabit dan Al-Barra'." Abu 'Isa berkata: "Hadis Jabir bin Samurah itu adalah hadis hasan sahih." Diriwayatkan dari Nabi saw "bahawasanya beliau membaca kira-kira (sepanjang) Tanzil Assajdah". Diriwayatkan dari Nabi saw "bahawasanya dalam rakaat pertama pada solat Zohor, beliau membaca kira-kira 30 ayat; dan dalam rakaat kedua, beliau membaca kira-kira 15 ayat." Diriwayatkan dari 'Umar bahawasanya ia menulis surat kepada Abu Musa agar dalam solat Zohor ia membaca surah-surah yang sedang (bukan surah yang panjang dan bukan surah yang pendek). Sebahagian ulamak berpendapat bahawa bacaan dalam solat Asar itu adalah seperti bacaan dalam solat Maghrib iaitu seseorang hendaknya membaca surah yang pendek-pendek. Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakha'i bahawasanya ia berkata: "Solat 'Asar dan solat Maghrib itu sebanding dalam bacaan." Ibrahim berkata: "Solat Zohor itu dilimpatkan empat kali atas solat Asar dalam bacaannya."

146  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0149.
Hannad bin As Sari menceritakan kepada kami, Abdur Rahman bin Abiz Zinad menceritakan kepada kami dari Abdur Rahman bin Ayyasy bin Abi Rabi'ah dari Hakim bin Hakim, dia adalah Ibnu Abbad bin Hunaif, Nafi' bin Jubair bin Muth'im memberitakan kepada kami, ia berkata: "Ibnu Abbas memberitahukan kepada kami bahawasanya Nabi saw bersabda: "Jibril as mengimami aku di Baitullah dua kali. Pada yang pertama, ia solat Zuhur ketika bayang-bayang seperti pasangan sandal. Kemudian ia solat Asar ketika setiap sesuatu seperti bayangannya (bayang-bayang sesuatu sepanjang bendanya). Kemudian ia solat Maghrib ketika matahari berbenam dan orang yang berpuasa itu berbuka. Kemudian ia solat Subuh ketika terbit fajar dan makanan haram atas orang yang berpuasa. Dan pada kali yang kedua, ia solat Zuhur ketika bayangan setiap sesuatu seperti sesuatu itu, untuk waktu Asar kemarin. Kemudian ia solat Asar ketika bayangan setiap sesuatu itu seperti lipat dua kalinya. Kemudian ia solat Maghrib pada waktunya yang pertama. Kemudian ia solat Isyak yang akhir (Isyak yang pertama adalah Maghrib = pent.) ketika telah berlalu sepertiga malam. Kemudian ia solat Subuh ketika bumi terang. Kemudian ia berpaling (menoleh) kepada ku dan berkata: "Hai Muhammad, ini adalah waktu para Nabi sebelummu, dan waktu yang ada di antara dua waktu ini." Abu Isa berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Hurairah, Buraidah, Abu Musa, Abu Mas'ud Al Anshari, Abu Sa'id, Jabir, Amr bin Hazm, Al Bara' dan Anas."

147  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0581.
Dari Al 'Ala' bin 'Abdur Rahman r.a., katanya dia bertemu dengan Anas bin Malik di rumah Anas di Bashrah, setelah selesai solat Zohor. Rumah Anas berada di sebelah masjid. Ketika kami masuk ke rumahnya, dia bertanya, "Sudah solat Asarkah anda?" Jawab kami, "Baru saja sebentar ini kami selesai solat Zohor." "Kerjakanlah solat Asar." Lalu kami solat. Sesudah selesai solat, lalu dia berkata, katanya, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda : Yang demikian itu solat orang munafik. Ditunggu-tunggunya matahari berada di antara dua tanduk syaitan barulah dia solat empat rakaat dengan tergesa-gesa tanpa mengingat Allah dalam solatnya melainkan sedikit sekali. "

148  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0409.
Ali bin Nashr bin Ali Al Jahdhami menceritakan kepada kami, Shal bin Hammad memberitahukan kepada kami dari Al Hasan dari Harits bin Qabishah, ia berkata: "Saya datang ke kota Madinah dan saya berdoa: "Ya Allah mudahkan kepada ku untuk berteman dengan orang yang soleh maka saya berteman dengan Abu Hurairah, dan saya berkata: "Sesungguhnya saya meminta kepada Allah supaya di beri rezeki teman yang soleh yang dia mahu menceritakan kepada saya hadis yang ia dengar dari Rasulullah saw, dengan hadis ini semoga Allah memberi manfaat kepada saya. Abu Hurairah berkata: "Sesungguhnya mula pertama hamba dihisab di hari kiamat dari amalnya adalah solatnya, jikalau amal solatnya itu baik, maka ia termasuk orang yang bahagia dan beruntung dan jikalau amal solatnya rosak, maka ia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." Adapun jikalau terdapat kekurangan sedikit dari solat fardunya, maka Allah Tabaaraka Wa Ta'ala berfirman: "Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaKu mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan kekurangan solat fardunya?, kemudian jikalau hambaKu mengerjakan solat sunat, maka solat sunat itulah untuk menyempurnakan kekurangan solat fardunya." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Tamim Ad Dariyyi. Abu Isa berkata: "Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan gharib dari sanad ini. Hadis ini telah diriwayatkan dari beberapa Rawi dari Abu Hurairah. Sebahagian sahabat Hasan telah meriwayatkan hadis dari Hasan dari Qabiishah bin Dzuwaib, tetapi bukan hadis ini, yang terkenal adalah Qabishah bin Huraits. Hadis seperti di atas telah diriwayatkan juga dari Anas bin Hakim dari Abu Hurairah dari Nabi saw.

149  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4127.
aksudnya :"Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abdus Samd bin Abdul Waris memberitahukan kepada kami, Said bin Ubaid Al Hunaani memberitahukan kepada kami, Abdullah bin Syaqiq memberitahukan kepada kami, ia berkata : Abu Hurairah memberitahukan kepada kami, Sesungguhnya Rasulullah SAW. istirehat diantara "Dhujnan" dan "Usfan". Orang-orang musyrik berkata :"Mereka itu orang-orang muslim sedang (melaksanakan) solat yang mereka sejak dari ayah-ayah dan anak-anaknya senang pada solat itu iaitu solat Asar, maka bulatkan tekadmu (untuk menyerangnya) dan seranglah 'mereka dengan serangan serentak. Dan sesungguhnya Jibril datang kepada Nabi SAW. dan perintah kepadanya untuk membagi para sahabatnya dua baris, Rasulullah solat bersama sahabat sebahagian yang lain berdiri di belakangnya dan hendaknya mereka bersiap siaga dan menyandang senjata, kemudian orang yang lainnya mereka solat bersama Nabi satu rakaat (setelah selesai satu rakaat) mereka bersiap siaga untuk menyandang senjata, untuk para sahabat (solat beserta Nabi) satu rakaat, satu rakaat. Untuk Rasulullah dua rakaat".(1) Hadis ini hasan sahih dari hadis Abdullan bin Syaqiq dari Abu Hurairah.Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud dan Zaid bin Tsabit, Ibnu Abbas, Jabir, Abi Ayyas Az Zuraqi, Ibnu Umar, Hudzaifah Abu Bakarah dan Sahal bin Abu Hasmah. Abu Ayyasy Az Zuraqi namanya Zaid bin Shamit.(1) solat "Hauf ' solat di dalam keadaan perang, hendaknya dibagi dua baris, baris depan solat beserta imam satu rakaat, imam menunggu, baris belakang siap siaga menjaga musuh, setelah baris depan satu rakaat, baris belakang satu rakaat sendirian satu raka'af lainnya bersama imam, baris depan siap siaga menjaga musuh dan menyelesaikan rakaat kedua sendirian, salam bersama-sama imam.

150  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0991.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu ketika di tengah malam, Rasulullah saw. keluar pergi solat ke masjid. Beberapa orang laki-laki solat pula mengikuti solat Nabi saw. Ketika hari telah pagi, mereka mempercakapkan hal itu. Kerana itu orang berkumpul lebih banyak daripada malam pertama dan mereka solat bersama-sama dengan Nabi saw. Pagi hari, mereka bercakap-cakap pula perihal solat malam itu. Kerana itu pada malam ketiga orang berkumpul di masjid lebih banyak. Rasulullah saw. keluar untuk solat, lalu mereka solat pula beserta Nabi. Malam keempat orang tidak muat lagi dalam masjid hingga Nabi keluar untuk solat Subuh. Setelah beliau selesai solat Subuh, beliau menghadap kepada orang banyak, membaca kalimah syahadah, kemudian beliau bersabda: "Adapun kemudian, sesungguhnya tidak ada yang tersembunyi bagi ku keadaanmu. Tetapi aku khuatir akan diwajibkan atasmu dan kamu tidak sanggup melaksanakannya." Ketika Rasulullah saw. wafat, keadaan tetap berlaku seperti itu."